I Love Chur Churp

Be My Follower

LOVELY GURLZ

LOVELY GURLZ
i'm Ayu Zahra.. wanna know me?

Ahli MPKB didakwa salur RM2j kepada penulis blog

>> Sabtu, 1 Mei 2010

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad, semalam mendakwa seorang Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai penyumbang hampir separuh daripada sejumlah RM4 juta yang didakwa digunakan blogger Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz, untuk melaksanakan perang saraf memburukkan pemimpin Barisan Nasional (BN).


Syed Azidi juga adalah bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Wan Khairul Ihsan bagaimanapun enggan mendedahkan nama ahli majlis MPKB berkenaan dan hanya akan berbuat demikian apabila tiba masanya. Beliau turut mempersoalkan mengenai kemampuan ahli majlis MPKB berkenaan mendapat sumber kewangan berkenaan bagi membolehkannya membuat sumbangan sebesar itu.
“Sejumlah besar daripada peruntukan RM4 juta itu disumbangkan oleh seorang ahli majlis MPKB dan jumlahnya sangat besar... (persoalannya) daripada mana duit itu (datang)... seorang ahli majlis boleh menyumbang sejumlah besar, tapi saya tak nak nyatakan namanya lagi," katanya pada Renung2kanlah wahai Bloggers.. kite ni nak berblog takkanla sampai macam tu..

sidang media di sini, semalam.

Baru-baru ini, Kickdefella menerusi blognya mengakui menerima RM4 juta dalam tiga tahun memegang jawatan itu untuk melaksanakan aktiviti gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk dan melemahkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dalam masa sama memastikan Pas kekal memerintah negeri ini.

Kickdefella turut mendakwa wang berkenaan digunakan untuk membiayai pembelian aset, peralatan, pembayaran upah pekerja, bahan percetakan dan lain-lain bagi menggerakkan operasi gerak saraf itu.

Selain itu, Wan Khairul Ihsan turut mendesak kerajaan negeri untuk mendedahkan kepada rakyat mengenai peranan sebenar Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Kickdefella untuk menjalankan operasi gerak saraf itu antara 2007 hingga 2008.

Beliau juga mahu kerajaan negeri mendedahkan sumber kewangan bagi membiayai operasi gerak saraf berkenaan kerana berpendapat rakyat berhak mengetahui kedudukan sebenarnya.

"Beritahu apa agenda GMC, apa GMC buat? Adakah ia melakukan tugas memulihkan imej kerajaan Kelantan seperti didakwa dan apa kerjanya, beritahu rakyat bagaimana jumlah RM4 juta itu digunakan untuk perang saraf ini.

"Kerajaan negeri harus beri kenyataan jelas dan perlu mengedarkannya secara bertulis kepada rakyat," katanya yang mengakui akan membuat beberapa lagi pendedahan mengenai beberapa isu lain, selepas ini.

(Dipetik dari Akhbar Berita Harian 02/05/2010)

1 comments:

SyerAgh 1 Mei 2010 pada 7:29 PTG  

Isu nie akan terus dimainkan smpai diorang penat. yang kickdefella msih nak berteka teki npe ya? apa strategi dia xtau. nie yang tok guru nik aziz diugut bunuh pun stu hal. haish..

Catat Ulasan

ALEXA STATS

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP